22 Nov 2013

TIPS #1



TIP MEMILIH JURUGAMBAR / PHOTOGRAPHER PERKAHWINAN

Salam, entri kali ini adalah sangat sesuai untuk bakal-bakal pengantin yang mahu  melansungkan perkahwinan. Foto perkahwinan adalah sangat-sangat penting sama seperti Andaman,deko majlis,kad jemputan dan catering. Foto perkahwinan yang baik dapat menceritakan apa yang berlaku ketika majlis perkahwinan anda kepada ibu bapa,saudara handai serta anak dan cucu anda.
So memilih jurugambar yang betul adalah KEMESTIAN untuk anda. Seperti ayat ‘cliché’ yang selalu kita dengar “ kahwin hanya sekali,lakukan yang terbaek dan perlu mengikut kemahuan anda berpatutan dengan bajet”
Antara tips yang boleh saya kongsi sebagai jurugambar perkahwinan dari tahun2009 hingga kini adalah :
1)      Kualiti Produk/Gambar
a.       Sebagai jurugambar perkahwinan,sample album dan produk adalah kemestian sebagai killer product untuk enawan hati pelangggan. Jadi sebagai pelanggan anda seharusnya melihat sendiri produk dan hasil gambar secara bersemuka untuk memastikan kualite kerja jurugambar anda. Adalah BONUS sekiranya jurugambar itu mempunyai kedai atau premis sebgai jaminan terhadap duit yang anda laburkan

2)      Hubungan dengan jurugambar
a.       Anda seharusnya berjumpa dengan jurugambar pilihan anda untuk mengenal bagaimana dia bekerja dan cara komunikasi dengan anda supaya tidak timbul masalah “ketidak selesaan” ketika majlis yang menyebabkan gmabar anda kaku,lesu dan janggal. Gambar yang cantik dapat dihasilkan dengan campuran TEKNIK dan KOMUNIKASI antara jurugambar dengan pelanggan

3)      Harga yang MURAH!
a.       Berhati-hati dengan tawaran harga yang tidak masuk akal atau TERLALU MURAH. Kebiasaannya pelanggan akan berasa tertipu setelah majlis SELESAI kerana jurugambar tidak menjalankan tugas dengan baik. Akhirnya end product atau album yang dihasilkan tidak menepati kehendak pelanggan. Menggunakan jurugambar yang menawarkan pakej murah akan menyebabkan anda MENYESAL seumur hidup anda. Pilihan adalah ditangan anda sendiri.

4)      Dokumen Pembayaran
a.       Ini adalah PENTING kerana anda mungkin  kehilangan duit anda sekiranya mengabaikan hal seperti ini.
                                                               i.      Invois adalah salah satu dokumen yang memaparkan produk yang ditawarkan oleh pelanggan. Jadi tidak akan ada masalah “tipu pakej” kepada pelanggan kerana segala pakej yang ditawarkan ada pada invois.
                                                             ii.      Resit adalah perkara kedua yang penting. Salinan untuk anda adalah bukti pembayaran anda kepada jurugambar. Jadi anda boleh budgetla berapa yang dah dibayar dan belum dibayar.
 




Bishrul Haffi Principal Photographer 
The Founder of Bishrul Photography © 
013-928 8056 
email : bishrulphoto09@gmail.com 
 fb : https://www.facebook.com/bishrulphotography 
All Right Reserved @ BISHRUL PHOTOGRAPHY,2009-2013