21 Feb 2014

Bayaran BR1M 2014 : Pembayaran BRIM Masuk Bank Bermula 20 Februari 2014. Sila Semak!



Bayaran BR1M 2014, Pembayaran BRIM : Berdasarkan laporan berita  bayaran BR1M masuk bank bagi mana-mana yang telah melakukan kemaskini akaun bank akan mula menerima pembayaran BR1M bermula 22 Februari 2014. Akan Tetapi......

 Kita sedang di gemparkan di facebook ,instagram dan twitter, BRIM 3.0 telah pun dimasukkan ke dalam akaun penerima sejak dari 20 February 2014. Setakat ini pembayaran hanya dibuat kepada penerima bujang sebanyak RM300.Manakala untuk isi rumah berkahwin, pembayaran BRIM bermula seperti yang dirancang iaitu 22 Februari 2014. 

Apa lagi, semak la cepat. Bolehla buat bayar apa yang patut. Kepada bakal-bakal pengantin, bolehla bayar deposit untuk vendor2 perkahwinan anda :)


Cara Semakan Brim 3.0 2014 Online

Terdapat 4 cara untuk anda semak brim 3.0 2014 & keputusan status permohonan Brim 2014, antaranya ialah :
1) Semakan Brim 3.0 2014 Secara Pos
Anda akan menerima surat pengesahan apabila tarikh pembayaran Brim 3.0 2014 sudah semakin hampir.
2) Semakan Brim 3.0 2014 Secara Telefon
Anda boleh terus menghubungi no talian hotline LHDN 1-800-222-5000/-18000-88-2716 (waktu pejabat sahaja)
3) Semakan Brim 3.0 2014 Secara Emel
Anda boleh hantar persoalan terus melalui emel, br1m2@treasury.gov.my @ br1m3@treasury.gov.my yang mana biasanya akan akan menerima jawapan balas antara 1-2 hari bekerja. Nasihat Berita Semasa, hantarkan maklumat anda selengkapnya yang mungkin bagi membantu pegawai yang bertugas memabntu anda
4) 3) Semakan Brim 3.0 2014 Online :Anda hanya perlu masuk ke laman ini https://ebr1m.hasil.gov.my untuk semak status permohonan Brim 3.0 secara online.

Yang mana tidak berjaya, boleh hantarkan permohonan rayuan BR1M (BRIM) anda dengan cara (SEMAK DI SINI)

p/s: terima kasih kepada BERITA SEMASA yang menyediakan post yang berguna. Berita ini berdasarkan entry di website tersebut.