25 Mar 2014

Tips Kahwin #3

 Memilih Jurugambar Untuk Majlis Anda

Post kali ini adalah satu perkongsian untuk anda memilih jurugambar untuk majlis perkahwinan anda yang semestinya ulung kali diadakan.

Assalmualaikum kepada pembaca blog kami,
Perkahwinan merupakan satu perkara wajib dilakukan oleh hampir semua manusia didunia. Dan setiap kali majlis perkahwinan diadakan pastinya antara perkara yang bermain difikiran adalah jurugambar. Kenapa Jurugambar ?

Kini kita sedia maklum memang ramai jurugambar di luar sana yang pastinya mahu menjadi Official Photographer anda. Setiap mereka menawarkan harga dan pekej yang pelbagai mengikut budget anda. Tapi awas ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum anda memilih jurugambar anda.

  •  Face To Face
    • pastikan anda jumpa dahulu dengan jurugambar anda sebelum anda close deal dengan mereka. Minta mereka membawa sample album untuk melihat sendiri apa yang mereka tawarkan. Jangan nanti janji hanya manis dibibir.
  • Jurugambar yang establish 
    • Establish ini boleh di  fokuskan kepada beberapa aspek seperti adakah jurugambar tersebut pernah berkhidmat untuk rakan-rakan,saudara-mara atau jiran anda? Tanya mereka bagaimana servis jurugambar tersebut. Promosi mulut ke mulut adalah promosi yang paling boleh dipercayai.
  • Premis Perniagaan
    • Sekiranya jurugambar itu fokus dan serius dengan business beliau,pastinya mereka mempunyai kedai mereka sendiri. AWAS bilamana jurugambar anda tidak memiliki premis kerana bila bila masa sahaja mereka boleh lari...melepas la gambar kenangan anda..
  • Dokumen Pembayaran
    • Ini adalah perkara yang PALING UTAMA perlu di ambil kira. Pastinya setiap pembayaran anda mendapat resit. Mana tahu tiba-tiba rekod jurugambar hilang,bagaimana kita mahu trace pembayaran kita. Tak pasal-pasal kene bayar lagi plak.
    • Setiap  tawaran yang diberikan anda perlu rekod, sekiranya jurugambar itu memberikan invoice itu adalah sangat baik. Jadi bila semua album dah siap,bolehlah anda check balik adakah apa yang ditawarkan dahulu sama dengan apa yang anda dapat. Maklumla pelanggan biasanya mencari jurugambar ini 6 bulan SEBELUM majlis. so mana la nak ingat apa yang ditawarkan dahulu. :)


Bishrul Haffi Principal Photographer 
The Founder of Bishrul Photography © 

013-928 8056 
email : bishrulphoto09@gmail.com 
fb : https://www.facebook.com/bishrulphotography 
All Right Reserved @ BISHRUL PHOTOGRAPHY,2009-2014